Friday, 19 July 2013

Islam is True Religion Proof

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
In the name of Allah, most gracious, most merciful.

 If the Qur'an is stored but not read and practiced, people will not be able to understand the real Islam.


Al- Quran, Al-ikhlas(The purity);
1. say:He is Allah, the one and only;
2. Allah, the Eternal, Absolute;
3. He begetteth not, nor is he begotten;
4. And there is none like unto him


what happen if God exceed than one?  he also begetteth? he is begotten?

If this happen?? , it maybe the world became two, three, four and more?why?, this is because many gods, and  each god have different tastes. 

if we say that God is powerful, why it can be touched and held. try to think? Islam forbids its followers to describe the form of God especially in design and shape. but in The Quran says: The 99 attributes of Allah.


All Muslim and I love Jesus (Isa) MORE than you. Jesus is a messenger of God, the one and Only ! Allah.
[Jesus said], "And indeed, Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. That is the straight path."
-Quran Chapter Mary(19) Verset 36

Why u hate our prophet Muhammad s.a.w?, but we love your Jesus. If you don't Know ANYTHING about MY PROPHET , don't SAY ANYTHING about HIM ! Educate yourself first then criticize. "And let not those who disbelieve ever think that [because] We extend their time [of enjoyment] it is better for them. We only extend it for them so tht they may increasein sin and for them is a humiliating punishment" - Quran Surah 3 vers 178
So, in islam believe and teaching Us about " he is Allah, the one and only" "Allah, the Eternal, Absolute" "he begetteth not, nor is he begotten" "And there is none like unto him".

Muhammad as the Messenger of ( Allah ).

-I want to convert to Islam, but how do I become Muslim???


What you have to do is?


Say,<click here>

[1]"ASH-HADU AN LA  ILAHA  ILLA  LLAH,  WA ASH-HADU ANNA  MUHAMMADA  RRO SULU LLAH" .
 

It means that: im bear witness that there is no god to be worshipped except Allah and, i bear witness that prophet Muhammad is the final messenger of Allah.

Not just saying it, but you have to believe what you said.

[2] Take a shower, not necessarily with a soap. Alhamdulillah, it's the month of Ramadan. I will advice you to visit a mosque so that they will guide you formally on the religion. May Allah bless you, and make your heart steadfast in Islam.

Say that you belive in ALLAH S.W.T.. say that you belive and accept that Allah is your lord and none is worth worshipping besides him and say that Mohammed (s.a.w.) was his prophet as the messenger of Allah.
Now brother if you truly believe in all which you say congrats you are a muslim now :)

Allah created you and He knows what is best for you. He didn't just put you on Earth and let you Live as you wish , NO ! He showed you the way and that's why in the Quran He tells you how to live it.
Allah wants to make clear to you [the lawful from the unlawful] and guide to the [good] practices of those before you and to accept your repentance. And Allah is Knowing and Wise.
-Quran chapter 4 verset 26


And when it is said to them, " Follow what Allah has revealed," they say, "Rather, we will follow that upon which we found our fathers". Even if Satan was inviting them to the punishment of the Blaze(Hellfire) ?
- Quran surah 31 verset 21



Islam is religion of peace anyone who tries to learn will know the exact in it but whose who only listen the western media will never know please read the qur'an and hadith. There is everything. Say: O My servants who have transgressed against their own souls, despair not of the mercy of Allah.






welcome , may gives your Rahmah, You have 1.6 Billion   brothers and sisters.



Allahu Akhbar this is mercy from Allah guide the his people to the right path..



Makkah and Kaaba



 
 
I'm proud with you:)

 










 

Credit to: Dx Faa

Tuesday, 9 July 2013

PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH DAN VIDEO


Petanda dan Saat Kematian Serta Pengurusan Jenazah





A. PETANDA KEMATIAN
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedara atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

 
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah perkara yang baik.
Saling berpesan2lah sesama kita.....



Adakah kita mengetahui cara kematian kita? 


B. SAAT KEMATIAN
Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.

Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.
Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud:

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:

Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya

Kedua: berlenang air matanya dan

Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis

Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia."

(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)

Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.

Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.

Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya.

Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.

Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya.

Oleh itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya telahpun terhapus.

Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah.

Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan dibalas.

Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat kelak.

Oleh itu, kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya. 



 Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah saw lagi:


"Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s."

"Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. 

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasulullah saw:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3. Orang yang berpuasa dihari Arafah."  



C. PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH











Monday, 8 July 2013

Thursday, 4 July 2013

Apa Komen Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Pergolakan di Mesir?



Mesir : Bila Sekular Tergugat

Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia. Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan cukup menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan.

Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi.

Di Mesir, Mursi menang melalui pilihanraya yang bersih. Tanpa penipuan dakwat kekal, tanpa blackout dan tanpa senarai pengundi yang diragui, Mursi ditabalkan menjadi Presiden sekalipun disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya terhakis. Namun, kerana sekular menjarah begitu lama di bumi ambiya’ ini, bukan satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular. Inilah masalah sebenar Mursi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan sekular yang sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir.

Ini bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau pada saat Nabi Musa alaihissalam mahu membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh mukjizat yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan dapati peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan air, turunnya makanan dan minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali enggan untuk berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang digambarkan di dalam al-Quran.

Warisan sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang. Sekalipun sebahagian besar rakyat Mesir kelihatan menyokong Mursi, namun anak cucu Bani Israel yang mewarisi perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi Ambiya. Inilah natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, bila demokrasi yang bersih menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan berdiam diri. Ini juga yang berlaku di Turki dan Gaza.

Di Malaysia, saudara mara sekular juga nampak berminat mengikut langkah yang sama. Kekalahan di dalam pilihanraya membawa kepada dasar penindasan dan penafian hak. Ditubuhkan kerajaan di dalam kerajaan, dinafikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan dinafikan hak ke atas hasil mahsul bumi merupakan buah-buah yang lahir dari pohon-pohon sekular yang tidak kenal sempadan dosa dan pahala.

Untuk Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam sebagai akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang di bulan Ramadhan untuk merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik kepada segala kerajaan.

Salam hormat.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 22 Syaaban 1434H bersamaan 1 Julai 2013M

Ref 

Apa Salah Dr Mursi

Rupa-rupanya terlalu banyak DOSA Dr Mursi patutlah dia digulingkan!!



1.Dosa Mursi adalah karena mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pndapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.

2.Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

3.Dosa Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

4.Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.

5.Dosa Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.

6.Dosa Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.

7.Dosa Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.

8.Dosa Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.

9.Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.

10.Dosa Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.

11.Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.

12.Dosa Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan

Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisakroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran



Apa Komen Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu ini?



video



Ref: [Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil Yuliasari]


Monday, 24 June 2013

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement

TPPA: TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT



Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?


Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai

Sumber-sumber lain berkata

Ref: Mohammad Agus Yusoff

Sunday, 23 June 2013

PATUT KE NAMA MELAYU TETAPI LIKE PAGE ARAK ?

SEBAGAI ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM ANDA TIDAK PATUT LiKE TAU!
atau
SISTEM AUTO LIKE?

Sesetengah orang beranggapan "Aku LiKE je..bukan minum pun" "Alah suke-suke je kot bukan ape pun" "huh, mamat ni/ minah ni nak ajar aku laa pulak, macam la kau tu baik sangat, pegi mampos laaa..

Ya inilah respon remaja kita apabila ditegur, mereka terlalu beremosi sehingga nafsu menguasai kewarasan akal. Hmm..nak buat macam mana, biasalah anak muda kang! kalau tegur sikit mulalah nak melenting.


Mereka (anak muda) menganggap LIKE itu tidak membawa apa-apa makna dan kesan. Benarkah pendapat mereka itu?. Sebenarnya apa yang anda like itu secara Automatiknya masuk dekat orang lain punya Facebook. Ini bermakna, anda bertindak sebagai agen pengiklanan/ promosi di laman sosial secara tidak langsung. 

Bila cakap pasal arak, kemain marah kat orang jual arak, kat orang minum arak. Ehh, dia tak malu lah yang dia tu agen pengiklanan arak tidak berbayar. hihi.

Anda LiKE-->masuk dekat Wall kawan-->Kawan tengok-->Kawan anda pun juga LiKE= (Penyebar)

Macam la aku tak tahu, orang yang like tu kadang-kadang mereka berasa bangga kan? kan?. hehe. Bak kata orang muda.."perghtt...updated la dia nie kononnya, Brands terkini Semua je dia tahu". hehe. Alamak ini bukan glamour Bang oi!Kak oi!. Ini orang panggil menjatuhkan maruah sendiri tanpa disedari.





 EHHH....

Aku pelik kenapa ada orang melayu LiKE FacebookPAGE Arak; GUINNESS, HEINEKEN d.s.b, atau itu Autolike??.

CUBA CHECK KITA PUNYA Like PageFB yang lepas-lepas..kot2 ada. kalau ada Tekan:
!REMOVE!-->Parmanent TrashCAN


ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Terdapat segelintir umat Arab Jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:

“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit”  
(riwayat Muslim).
 Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)
Allah SWT Melaknat Golongan Yang Terlibat Dengan Arak 
Diriwayatkan oleh Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. Orang yang memerah arak
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya
3. Orang yang meminumnya
4. Orang yang membawanya
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. Orang yang menjual arak
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak
9. Orang yang membeli arak
10.Orang yang meminta dibelikan arak untuknya
 (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi) 
 Huraian Hadith

i) Arak yang juga disebut “khamar” (memabukkan) dalam bahasa Arab. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.

iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.

iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.

v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat.

Arak Merosakkan Akal Manusia

Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith

1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.

2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.

3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.

4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.

5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.

ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.

iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
Azab Bagi Golongan Yang Terlibat Dengan Arak

Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak:

Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul khabal” mereka bertanya : “ wahai Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ? beliau menjawab : keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”.
(HR Muslim)

Ibnu Abbas meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala” (HR Ath Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)

Rasulullah SAW bersabda;
“Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, niscaya Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.”
(HR.Imam Ahmad)
*Ini adalah sekadar pesanan dan nasihat kepada muslim, kepada yang non-muslim kalau anda nak ikut nasihat ini anda juga digalakkan, Alhamdulillah...lihatlah kesannya, pasti bagus.

*Ini juga tiada kaitan nak menjatuhkan bisness sape-sape atau maruah sesiapa.