Monday 29 December 2014

PENGISYTIHARAN DARURAT DAN TAKAFUL


1.0. PENGENALAN INSURANS
1.1. Fungsi Utama:
+ Pengagihan kerugian kewangan secara saksama kepada mereka yang diinsurankan di kalangan besar insured.
+ Menstabilkan kos
+ Mengurangkan kerugian
+ Kaedah simpanan
+ Sumber modal pelaburan dan peluang pekerjaan

1.2. Kelas-Kelas Insurans
+ Insurans Hayat : Kematian (Pelan Takaful Keluarga)
+ Insuran AM : Harta dan Benda (Kebakaran, motor, kemalangan, Marin, Kejuruteraan dan Perubatan)


2.0. PENGENALAN DARURAT

Dokumen arahan No.20 (Semakan semula) Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Alam Negara
oleh Majlis Keselamatan Negara. Berikut adalah guideline yang digeriskan berkaitan pengurusan bencana.


3.0. PENGISYTIHARAN DARURAT MEMBERI KESAN KEPADA INSURANS

Pertamanya, kita perlu memahami 4 perkara membawa interpretasi dan kesan yang berbeza:
[1] Prinsip-prinsip insuran: Kepentingan boleh diinsuran, Penuh percaya Mutlak, Indemniti, Subrogasi, Sumbangan, Sebab Hampiran.

[2] Polisi & klausa: Benefit covered, coverage amount, Exclusion, Extra general Pay or Force Majeure or Act of God ( Cover natural disaster: Deem to be included 'or' Pay separately as stated in your policy? )

[3] Bencana Alam : Banjir, Banjir disebabkan oleh gempa bumi, tanah runtuh, objek jatuh dll.

[4] Perintah darurat : Disytiharkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan orang awam. Meningkatkan pengurusan yang lebih efektif dan cekap. Menggunakan kerahan teknologi, dana, dan sumber manusia.

Apa yang anda faham mengenai empat (4) perkara di atas?. Apabila sebarang tuntutan itu dipanjangkan ke mahkamah, pihak perundangan akan memperhalusi perkara ini supaya dapat membuat pertimbangan terhadap apa-apa yang berlaku itu berlandaskan prinsip-prinsip, tempoh masa, polisi, bencana dan perintah.

Sebagai contoh: Polisi yang diinsurankan menyatakan memberi pampasan terhadap mangsa banjir. Banjir yang berlaku disebabkan oleh gempa bumi di sesuatu kawasan. Gempa bumi tidak termasuk dalam polisi yang diinsurankan. Banyak kerosakan yang berlaku. Pengisytiharan darurat selepas 3 kemudian.

Ramai yang menyangka kerosakan ini berlaku adalah disebabkan oleh gempa bumi. Mereka mengganggap tidak layak untuk menerima pampasan kerana terdapat pengecualian dalam polisi. Tetapi kerosakan berlaku adalah kerana banjir. Perkataan "banjir" terdapat di dalam polisi di mana pihak insured berhak untuk mendapat pampasan tersebut.

Terdapat juga polisi menyatakan pengecualian terhadap perkataan "Pengisytiharan darurat". Banjir berlaku sebelum darurat diisytiharkan. Bermakna, apabila darurat diisytiharkan, syarikat insuran dikecualikan membayar pampasan benarkah?

"Persoalannya": Bolehkan anda membuktikan bahawa kerosakan itu berlaku sebelum pengisytiharan darurat. Jika ada bukti seperti video, tulisan laporan oleh kementerian atau apa-apa yang boleh dijadikan bahan bukti, menyatakan bahawa kerosakan itu berlaku sebelum pengisytiharan akan memberi bukti yang kuat terhadap apa-apa tuntutan kemudian hari.

"Keyword" : Polisi yang diinsurankan ialah bencana alam (termasuk banjir), kerosakan disebabkan oleh bencana ini mengakibatkan kerosakan harta benda. Pengisytiharan dibuat kerana keselamatan dan kesihatan penduduk berada pada tahap kritikal selepas beberapa hari berlaku kerosakan yang teruk. 

Kita boleh merujuk kes

 Earthquake Commision vs Insurance Council of New Zealand Incorporated, 
"Apa-apa pembayaran kepada orang yang diinsuranskan  berhubung dengan tuntutan  kerosakan bencana alam untuk tanah kediaman yang melibatkan Peningkatan Banjir, bahawa diterima selaras dengan Dasar dan Akta ialah bayaran yang sah daripada Tabung Bencana Negara."


Sungguh, apabila kes ini dipanjangkan dan dibawa ke peringkat perundangan, pihak perundangan akan meneliti secara terperinci berkaitan tuntutan dan siapa pihak yang berwajib dipertanggungjawabkan. Kemungkinan besar, pihak insurans dan kerajaan juga akan membiayai kerosakan terlibat.


Baca secara ringkas sila, TEKAN LINK INI

Ps: Penulisan ini bertujuan untuk membuka minda, tidak menyalahkan mana-mana pihak terlibat. Ia sekadar berkongsi cara pemikiran.

Terima Kasih,
Muhaimin bin A Ghani
















No comments:

Post a Comment