Wednesday, 8 January 2014

12 Kerjaya yang berpendapatan tinggi tanpa memerlukan Ijazah Universiti

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi Swasta atau Kerajaan, kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM dan juga pelajar harus aktif dalam Ko-Kurikulum serta mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Walaupun seseorang itu tidak layak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, perkara yang dinyatakan tadi merupakan keperluan utama sebagai rujukan bakal majikan suatu masa nanti.

MANAKAH PILIHAN ANDA??

Pilihan A: "bersusah-susah 3-4 tahun, bersenang-senang 30-40 tahun".           >>Atau<<

Pilihan B: "bersenang-senang 3-4 tahun, bersusah-susah 30-40 tahun".

Jika A pilihan anda, luangkan masa untuk mencari ilmu dan kepakaran. Laburkan wang demi untuk masa depan anda dan keluarga. Anda semakin berharga jika anda mempunyai kelebihan dan kepakaran. Suara anda semakin laku bak gorang pisang panas jika anda berilmu. :-)

Bermula sekarang, buang sifat negatif dalam diri anda seperti:
1. Aku bodoh nanti susah nak belajar
2. Aku sudah tua tak perlu lagi nak belajar
3. Aku tiada duit nak bayar pembiayaan
4. Aku tak minat bla bla bla..
5. Aku tak minat belajar jauh-jauh nanti terpisah dengan kekasih hati
6. Aku bosan belajar
7. Mak Bapak aku kaya, tak perlu untuk aku belajar.
8. Aku tak pandai BI
9. Aku tiada masa
10.DLL..... :-P

Kamu ingat kamu je ada masalah?? orang lain takda masalah. Ok..kalau nak teruskan "beralasan". Dipersilakan kerana tiada siapa yang rugi kecuali diri sendiri dan masa depan keluarga.

Hanya satu alasan sahaja, anda bakal menjadi calon siaran televisyen "Bersamamu". Seterusnya menjadi pilihan B. Ini bukan zaman 80an-90an lagi. Ini tahun 2000 dan lagi 6 tahun mencapai tahun 2020. Pada masa ini semua orang sedang bersaing. Jadi Siapa yang susah pada era tahun 2020, mereka bakal dikategorikan sebagai Malas kerana mereka telah membesar pada zaman kecanggihan.

Cuba anda berfikir, tidakkah anda bercita-cita untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak anda? dengan menggalakkan mereka belajar diluar negara? Memberi kelengkapan yang cukup kepada anak anda supaya mereka tidak berniat untuk mencuri kerana melihat kelebihan yang orang lain ada? Memiliki kereta yang bagus untuk keluarga? Melancong bersama keluarga di negara luar seperti Eropah? Berbulan madu berpuluh-puluh kali? Pelan jaminan insuran dan kesihatan yang bagus? Pakaian yang berkualiti? dan sebagainya. Semuanya ini bermula melalui kerjaya/ kepakaran dengan meletakkan usaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Tanpa kerjaya dan kepakaran, tiada kecukupan Wang. Tiada wang..anda tidak akan ke mana-mana. Anak dan isteri anda bakal mewarisi kesusahan dan keperitan hidup bersama anda. Jadilah seorang ibubapa yang mementingkan ilmu. Bagaimana ingin mendidik anak jika ibubapa sendiri tidak berilmu. Nak jaga anak sangat senang, tetapi nak didik anak memang susah kerana itu memerlukan ilmu!

Apa kaitan Duit VS Ilmu??. Sebenarnya saya ingin menekankan bahawa sekirangnya kita mempunyai wang yang lebih, kita boleh menyertai seminar pelaburan, perniagaan dan sebagainya yang mana kadang-kadang memerlukan modal yang besar mencecah sehinga ratusan ringgit. Ini merupakan salah satu cabang ilmu yang mana akan mengubah perjalanan hidup kita. "Jika anda gila akan kejayaan..anda perlu ada semangat gila-gila dalam menerokai cabang ilmu. Jika anda hidup untuk menjadi orang biasa..baik tak payah hidup!!. Jadi perlu ada cita-cita Luar biasa dan perbuatan luar biasa. Berbeza manusia dengan haiwan adalah manusia boleh melakukan perkara luar biasa kerana mereka dianugerahkan nikmat Akal. Gunalah akal anda sebaik mungkin.


Berikut adalah kerjaya-kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang ingin mengubah hidupnya



1. JURUTERBANG
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy di Melaka.




2. PENASIHAT KEWANGAN
Juga dikenali sebagai 'wealth advisor' merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.



3. PROGRAM REFERRAL
Ramai yang pandang remeh tentang perniagaan ini. Sebenarya ia telah banyak melahirkan jutawan. Bukan sekadar jutawan, ramai yang tidak pandai bercakap makin pandai bercakap, ramai yang pemalu telah menjadi yakin, ramai yang tiada modal akhirnya mempunyai modal besar, dan banyak lagi. tekan LINK INI UNTUK MULA MENGUBAH HIDUP ANDA!!

4.  MULTI LEVEL MARKETING (MLM)
Ramai orang benci MLM. Ilmu ini sangat penting jika anda ingin menjadi usahawan. Terapkan konsep MLM dalam perniagaan anda. Jika anda tidak berminat dengan MLM sudah tentu tidak mengetahui apakah konsep MLM yang sebenar yang perlu anda kaji. Untuk menyertai MLM, anda hendaklah melihat produk yang berkualiti dan berpotensi serta status nama dan kewangan syarikat di peringkat global. Selalunya, jika syarikat tersebut mengeluarkan produk terbaru, dalam jangka masa 8 bulan -1.5 tahun sahaja produk itu meletup di pasaran. Dalam tempoh 1-2 bulan pengenalan produk terbaru, jika anda buat kerja ini betul-betul, anda bakal bergelar jutawan. Bukan sahaja menjadi jutawan, tetapi bagus personaliti dan bijak berkata-kata.



5. AGEN INSURAN
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. >baca ini penting<



6.  AGEN HARTANAH
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Menyertai kursus dan seminar hartanah adalah salah satu permulaan bagi diri anda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini, ataupun membeli buku-buku pelaburan hartanah demi untuk mendapatkan teknik-teknik yang berkesan hasil penulisan Mentor yang sudah berjaya.



7. MINYAK DAN GAS
Bagi sesiapa yang berminat dalam bidang ini seperti bekerja di Petronas, MHB, Schlumberger, Talisman Energy, Sapura Kencana, ATB Tanjung Bin, Malakoff, Boustead Shipyard, Upstream, Petronas Gas Berhad, Fpso, Newfield, Petrofac, Petronas Penapisan, dan lain-lain. Untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia. Selain itu anda juga boleh mengambil beberapa kursus di institusi yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti INSTEP, Universiti Teknologi Petronas, Terengganu Safety Training Centre.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

(a) Plant Inspector (b) Offshore Inspection (c) Non-destructive Testing (d) Plastics Welders (e) Welding-Welder (Terdapat pelbagai-bagai pengkhususan) (f) Scaffolders (g) Crane Operator (h) Safety officer (i) Painting inspector (j) Drilling, Completion & Workover support staff (k) Riggers (l) Ring Operator, (m) DLL.

Sebelum bekerja di O&G OFFSHORE adalah anda perlu bermula bekerja di limbungan-limbungan yang membina pelantar itu sendiri ATAU bekerja dgn syarikat yang membekalkan peralatan-peralatan yang akan dipasang di atas Platform .Syarikat-syarikat besar yang terkenal yang boleh anda mulakan adalah seperti yang dinyatakan di atas tadi. Biasanya syarikat ini memerlukan tenaga kerja mahir dan berpengalaman 3 tahun ke atas. Jadi anda perlu memohon kerja bermula dari bawah sebagai Helper dan Semi-skilled labor. Paling penting adalah anda perlu ada kenalan? bagaimana? join Group oil and gas (Fb/blog) untuk mencari kenalan dan mengetahui maklumat terkini.

 

8. NATIONAL INSTITUTE OF SAFETY AND HEALTH (Malaysia)
 Menawarkan sijil-sijil yang memenuhi keperluan industri seperti pembinaan, perkilangan, pemprosesan, minyak dan gas dan sebagainya. Tugas bidang ini ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis &organisasi mengikut standard NIOSH.

Contoh kursus: Safety Health Officer.

 

 9. ELEKTRIK
 9.1 wireman: Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

9.2 Chargeman: Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

 

10. ROHS OFFICER
Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu  arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai ROHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard ROHS.Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai ini.




11. BERLAGAK PANDAI MENUMPANG KEBOLEHAN (BPMK)
 Anda tidak mempunyai kebolehan dan kelulusan dalam perkhidmatan pembinaan perumahan sebagai contoh, tetapi anda mempunyai seorang kawan yang pandai. Anda hanya perlu berbekalkan sedikit ilmu dan berlakon pandai untuk menyediakan khidmat itu kepada orang ramai. Apabila orang tersebut bersetuju untuk berurusan dengan anda, seterusnya anda menggunakan kepakaran kawan anda untuk merealisasikan kehendak orang ramai. Anda hanya makan % tanpa menanggung risiko.


12. DUPLIKASI KEBOLEHAN ORANG (DKO)
kawan anda seorang tenaga pengajar membuat "professional website". Bayaran untuk masuk ke program itu bernilai RM1000. Anda belajar daripada kawan anda sehingga hebat. Seterusnya, anda membuka seminar Website sendiri untuk orang ramai terutamanya kepada peniaga internet. Bayangkan...modal untuk anda belajar hanya RM1000. Orang awam yang sertai kursus anjuran anda adalah seramai 100 orang. 100xRM1000=RM100,000.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dan minat dalam bidang Kemahiran, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di:
 JTM
CIDB

PUSPATRI


Berikut adalah kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan Ijazah. Semua kerja yang berkaitan dengan sijil keselamatan, kesihatan, teknikal hendaklah diiktiraf.


Ps: Sentiasa ADD FRIEND kalau ternampak sesiapa yang terlibat berkaitan bidang yang kita minati supaya mempermudahkan kita untuk mendapat apa-apa khidmat nasihat.

Semoga bermanfaat kepada kita semua :-)


USAHAWAN KALIS EKONOMI >>Klik<<

KESIAN: 95,955 pencarum KWSP bazirkan duit keluarkan RM690 Juta. >>klik<<