Monday 24 June 2013

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement

TPPA: TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT



Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?


Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai

Sumber-sumber lain berkata

Ref: Mohammad Agus Yusoff

Sunday 23 June 2013

PATUT KE NAMA MELAYU TETAPI LIKE PAGE ARAK ?

SEBAGAI ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM ANDA TIDAK PATUT LiKE TAU!
atau
SISTEM AUTO LIKE?

Sesetengah orang beranggapan "Aku LiKE je..bukan minum pun" "Alah suke-suke je kot bukan ape pun" "huh, mamat ni/ minah ni nak ajar aku laa pulak, macam la kau tu baik sangat, pegi mampos laaa..

Ya inilah respon remaja kita apabila ditegur, mereka terlalu beremosi sehingga nafsu menguasai kewarasan akal. Hmm..nak buat macam mana, biasalah anak muda kang! kalau tegur sikit mulalah nak melenting.


Mereka (anak muda) menganggap LIKE itu tidak membawa apa-apa makna dan kesan. Benarkah pendapat mereka itu?. Sebenarnya apa yang anda like itu secara Automatiknya masuk dekat orang lain punya Facebook. Ini bermakna, anda bertindak sebagai agen pengiklanan/ promosi di laman sosial secara tidak langsung. 

Bila cakap pasal arak, kemain marah kat orang jual arak, kat orang minum arak. Ehh, dia tak malu lah yang dia tu agen pengiklanan arak tidak berbayar. hihi.

Anda LiKE-->masuk dekat Wall kawan-->Kawan tengok-->Kawan anda pun juga LiKE= (Penyebar)

Macam la aku tak tahu, orang yang like tu kadang-kadang mereka berasa bangga kan? kan?. hehe. Bak kata orang muda.."perghtt...updated la dia nie kononnya, Brands terkini Semua je dia tahu". hehe. Alamak ini bukan glamour Bang oi!Kak oi!. Ini orang panggil menjatuhkan maruah sendiri tanpa disedari.





 EHHH....

Aku pelik kenapa ada orang melayu LiKE FacebookPAGE Arak; GUINNESS, HEINEKEN d.s.b, atau itu Autolike??.

CUBA CHECK KITA PUNYA Like PageFB yang lepas-lepas..kot2 ada. kalau ada Tekan:
!REMOVE!-->Parmanent TrashCAN


ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Terdapat segelintir umat Arab Jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:

“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit”  
(riwayat Muslim).
 Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)
Allah SWT Melaknat Golongan Yang Terlibat Dengan Arak 
Diriwayatkan oleh Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. Orang yang memerah arak
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya
3. Orang yang meminumnya
4. Orang yang membawanya
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. Orang yang menjual arak
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak
9. Orang yang membeli arak
10.Orang yang meminta dibelikan arak untuknya
 (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi) 
 Huraian Hadith

i) Arak yang juga disebut “khamar” (memabukkan) dalam bahasa Arab. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.

iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.

iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.

v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat.

Arak Merosakkan Akal Manusia

Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith

1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.

2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.

3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.

4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.

5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.

ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.

iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
Azab Bagi Golongan Yang Terlibat Dengan Arak

Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak:

Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul khabal” mereka bertanya : “ wahai Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ? beliau menjawab : keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”.
(HR Muslim)

Ibnu Abbas meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala” (HR Ath Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)

Rasulullah SAW bersabda;
“Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, niscaya Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.”
(HR.Imam Ahmad)
*Ini adalah sekadar pesanan dan nasihat kepada muslim, kepada yang non-muslim kalau anda nak ikut nasihat ini anda juga digalakkan, Alhamdulillah...lihatlah kesannya, pasti bagus.

*Ini juga tiada kaitan nak menjatuhkan bisness sape-sape atau maruah sesiapa.


 







PROGRAM CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS PADA 22 JUN 2013

KENAPA INI BERLAKU!

ADAKAH U.A.I TIDAK BERTAULIAH BAGI PROGRAM CERAMAH TERSEBUT???

ADAKAH U.A.I TIDAK MENDAPATKAN APA-APA KEBENARAN PERMIT SEBELUM BERCERAMAH???

RELEVANKAH TOHMAHAN TERHADAP: U.A.I SEBAGAI SEORANG YANG BERPENGALAMAN BERCERAMAH TETAPI TIDAK MEMBUAT APA-APA KEBENARAN PERMIT SEBELUM MENJALANKAN AKTIVITI TERSEBUT??  SEOLAH-OLAH MENGGAMBARKAN USTAZ INI TIDAK PERNAH BERCERAMAH??

ATAU INI BERLAKU DISEBABKAN OLEH FAKTOR-FAKTOR YANG LAIN???





*****************************************
NOTIS INI MENYATAKAN BAHAWA TIADA MENERIMA APA-APA PERMOHONAN.

********************************************

JADUAL KULIYAH JUNE 2013


APA KATA MEREKA?




 HAA!, SAPA NAK TAHU LEBIH JELAS..JOM P TANYA USTAZ SENDIRI.

REF:JKK


BAHAYA KESESATAN SYIAH

1.0 APA ITU SYIAH?




Asal usul Syiah itu dari Iran, mereka bukan Ahli Sunnah. Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

Difahamkan terdapat 200juta di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang. Untuk mengenali Syiah ia terbahagi kelompok iaitu (kelompok yang melampau,pertengahan dan ikut-ikutan) (sumber: SYIAH MENULAR SENYAP DI MALAYSIA Sinarharian 18Jun2012)

Syi'ah berpendapat bahawa;
1. Al-Qur’an telahpun diselewengkan oleh para Sahabat r.a
2. Ali lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w.
3. Aishah isteri Rasulullah adalah penzina
4. Abu Bakr dan Umar adalah penjenayah
5.Mencerca kebanyakan para Sahabat dan menghukum mereka adalah fasiq dan murtad.

Ahlus sunnah
1. Al-Qur’an terpelihara daripada sebarang penyelewengan
2. Rasulullah s.a.w. lebih hebat daripada sekelian makhluk
3. Aishah isteri Rasulullah adalah suci dan merupakan Ibu kepada orang-orang yang beriman
4. Abu Bakr dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul
5. Menghormati para Sahabat dan mempercayai mereka dipuji oleh Allah Ta’ala



2.0 PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI MALAYSIA MELALUI PELBAGAI CARA:
2.1 Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia dan lawatan Malaysia ke negara Republik itu. (kempen dan penerangan fahaman mereka semasa lawatan)

2.2 Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum spt perpustakaan AWAM:IPTA:IPTS:MASJID:TOKOterkenal.

2.3  Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia
.

 
3.0 DI MALAYSIA, TERDAPAT 3 GOLONGAN SYIAH YANG SEDANG BERKEMBANG?


3.1 Syiah Ismailiah

-Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

3.2  Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

-Berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

3.3 Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah

-Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan seramai 300 hingga 500 orang.



4.0 PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR

 
Berdasarkan kajian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :

4.1 Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

4.2 Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.

4.3 Penubuhan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.




5.0 PENYELEWENGAN SYIAH

Ciri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

5.1 Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

5.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

5.3 Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

5.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

5.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

5.6 Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

5.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

5.8 Menolak Ijmak Ulama’

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51

5.9 Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:
5.10 Mengubah ayat al-Quran
Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

5.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

5.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330

5.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:
Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

5.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :
Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah



6.0 SENARAI FACEBOOKER/ GROUP YANG DIKENALPASTI SEBAGAI SYIAH
              Sumber 1
              Sumber 2


7.0 KESIMPULAN
"Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”


8.0 VIDEO SYIAH
              Video 1
              Video 2
              Video 3
               





 Ref:  http://alamijiwaparadox.blogspot.com
             





Saturday 22 June 2013

DEMONSTRASI BLACKOUT 505 KUALA LUMPUR (JUNE 22, 2013)

DI PADANG MERBOK DAN SEKITAR




















Tengku Adnan Tengku Mansor dan OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin- Padang Merbok


  PKR Vice-President Nurul Izzah- Brickfields


 YB @ Tian Chua di perkarangan- SOGO


 YB @AzminAli- perkarangan Masjid Negara


 Former Perak MB Mohammad Nizar Jamaluddin- Masjid Negara


Salahuddin Ayub


 Nasruddin Tantawi

Adam Adli

Walaupun asyik berDemonstrasi, mereka tetap tidak lupa akan perintah Allah S.W.T
Klik

VIDEO 1
VIDEO 2 





DITANGKAP??----> FREE FOR HUSAM
Gambar Dato' Haji Husam Musa bersama para Aktivis R & Peguam sebelum dibawa dengan kereta oleh Pihak Polis dengan 5 buah kereta & diiringi oleh rombongan rakan-rakan Aktivis.

Dato' Haji Husam Musa dalam perjalan pulang ke Kota Bharu & dijangka tiba ke IPD Pengkalan Chepa lebih kurang jam 11:00 malam tadi. (11pm/23.6.2013)

  Ramai yang berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam tadi untuk menyatakan sokongan & solidariti kepada Pejuang Hak Rakyat.

Penahanan Dato Husam Musa : Pemuda PAS Kelantan Desak Pembebasan Segera

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan(DPPNK) melahirkan kekesalan yang teramat sangat di atas penahanan Naib Presiden Pas, Dato Husam Musa petang tadi di Kuala Lumpur. Beliau saat ini sedang dibawa ke IPD Kota Bharu menaiki kereta peronda polis untuk disiasat atas kenyataannya yang dikatakan mengeluarkan pandangan bahawa peserta himpunan Blackout 505 'mati syahid' sekiranya terkorban.

DPPNK menyifatkan tindakan menahannya di Kuala Lumpur dan membawanya ke Kota Bharu hanya dengan menaiki kereta merupakan satu tindakan yang tidak wajar memandangkan statusnya sebagai seorang pemimpin. Apatah lagi kesalahan yang didakwa dilakukan bukanlah jenayah yang serius yang memerlukan tangkapan segera. Adalah lebih waras sekiranya beliau dipanggil memberikan keterangan di Kota Bharu dan semua pihak yakin beliau tidak ada sebarang masalah untuk berbuat demikian.

DPPNK mendesak agar kenyataannya diambil pada malam ini iuga dan dibebaskan dengan kadar seberapa segera. Ini kerana DPPNK mendapat maklum daripada ahli keluarganya bahawa kesihatan beliau kurang stabil dan memerlukan rehat.

Selagi beliau belum dibebaskan, DPPNK tidak teragak-agak mengerahkan seluruh kekuatan pemuda di negeri ini berkumpul di hadapan IPD Kota Bharu bagi menunut pembebasan beliau.

Sekian.

ADBUL LATIFF ABD RAHMAN,
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK)

22 Jun 2013
9.00 malam

 
**********************************************************************************
YB Husam jadi imam solat kpd polis pengiring  semasa rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.
 
**********************************************************************************

 
 







BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013



Berikut senarai Kabinet baru bagi penggal 2013-2018 yang SEBENAR berdasarkan sidang media Datuk Seri Najib jam 5.20 petang 15 Mei 2013:

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM  (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA  (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6)  YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7)  YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8)  DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:

(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM  (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)


MENTERI PENGANGKUTAN:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)       (MEMANGKU)
(2)          TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)


MENTERI DALAM NEGERI:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)


MENTERI KERJA RAYA:

(1)        MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)


MENTERI LUAR NEGERI:


(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:

(1)        MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)


MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)


MENTERI SUMBER MANUSIA:

(1)        MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)


MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

(1)        MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:


(1)        MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)


MENTERI  KESIHATAN:
(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM  (MIC)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)


MENTERI  WILAYAH PERSEKUTUAN:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)


MENTERI  PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)


MENTERI  TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

(1)        MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)


MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:

(1)        MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:

(1)        MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

(1)        MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

(1)        MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2)        TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)




PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN

TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN

MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)

TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN

JUMLAH 57 JAWATAN

JUMLAH KEMENTERIAN 24

JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG

JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)

JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG



Berikut senarai Kabinet baru bagi penggal 2013-2018 yang menjadi bahan spekulasi di          dalam banyak laman web:

Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani


POPULASI DAN PURATA PENDUDUK MALAYSIA

PENDUDUK LELAKI MELEBIHI WANITA SEBANYAK 2% ?


PETA MALAYSIA

*Penduduk Lelaki: 14.11 Juta
*Penduduk Wanita: 13.45 Juta
*Jumlah Populasi Malaysia: 27.57 Juta

#tambah#tolak#darab#bahagi secara kasar=(%)

%lelaki = 14,112,667 x 100 / 27,565,821= 51%

%Wanita= 13,453,154 x 100 / 27,565,821= 49%

* Bermakna lelaki melebihi wanita sebanyak 2% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Demikian menurut laporan banci penduduk dan perumahan 2010. Manakala laporan Antarabangsa mengesahkan wanita melebihi lelaki secara purata.

* Persoalannya, angka yang tidak sama dikeluarkan melalui akhbar Berita Barian/Metro, dan Jabatan Perangkaan. Masing-masing menyatakan bahawa jumlah populasi malaysia sebanyak 28.3 Juta. Lelaki (14.56 J) dan wanita (13.77 J). Mungkin perbezaan ini adalah kerana Jabatan Perangkaan "assume" peningkatan peratusan populasi pertahunan sebanyak 2% berdasarkan angka-angka yang lepas.

* kesimpulannya, masih ada "chance" bagi lelaki ingin berkahwin lebih dari (1) satu. kalau di malaysia nilai@veriable-nya " shortage/kekurangan". Ini kalau semua lelaki ingin berpoligami. Bermakna, lelaki malaysia yang selebihnya kene berkahwin dengan MEK-BANGLA, MEK-INDON, MEK-SIAM, dan sebagainya.
KAUM-KAUM DI MALAYSIA 1 KLIK
 
Sumber: 1 & 2

Friday 21 June 2013

Fadhilat dan Kelebihan Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


SELAWAT

Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Ada juga yang mengatakan; taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

HUKUM BERSELAWAT

Para ulama’ telah bersepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:

1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Sepertimana dalam firman-Nya di atas, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama dalam semua perintah mengerjakan ibadat.

SELAWAT PALING AFDHAL

Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak.

Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat adalah:

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Hal ini kerana para ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”

LAFAZ SELAWAT YANG SAHIH 

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


1. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].


2. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]


3. Dari Abu Hurairah RA:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]


4. Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]


5. Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]


6. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]


7. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].


8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].



WAKTU AFDHAL BERSELAWAT
•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.











Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T, Rasul dan Para Malaikat. In shaa Allah.

p/s:

Sebarkanlah kelebihan ini untuk kebaikan bersama.



 
www.abuanasmadani.com


 

Syria's Sex Slave| Kanak-kanak dan wanita syria diEksploitasi !

Syria's Sex Slave| Kanak-kanak dan wanita syria Eksploitasi !


Di Malaysia sekarang hebat diperkatakan isu berkaitan kahwin wanita Syria. Ada dalam kalangan mereka kematian suami (berperang dsb) terpaksa tinggal di sekitar KEM PENEMPATAN dengan keluasan setiap shelter 2@3@4m2 bersamaan keluasan sebuah bilik kecil.(ibarat kalau tidur dalam stor rumah kita lagi selesa). inilah menggambarkan kedaifan mereka:'(

Mereka bimbang dan takut menetap di dalam sebuah khemah kecil dengan keadaan keselamatan yang tidak terjamin. Kerana bimbang keselamatan, ada dalam kalangan mereka terpaksa berjaga sehingga subuh.

Ramai wanita diculik dijadikan PELACUR&HAMBA dsb., Seperti yang dinyatakan, 3 orang wanita dekat kem itu diculik dan dirogol seterusnya dihantar kembali ke kem. Ini yang tersenarai..mungkin ramai lagi menjadi mangsa penindasan!

Jordanian datang mengganggu syrian girls walaupun mereka (wanita syrian) berumur 6-7 tahun.[1:48]. Mereka datang nak culik bawa keluar dari kem. Pada waktu malam dekat kem itu, tiada sistem keselamatan yang khusus, terpaksa datang dengan anak sebagai peneman. Itu pun masih lagi menjadi kebimbangan bagi mereka.

Tandas ada, tapi ramai wanita (anak dara) tak pergi tandas. Malah yang sudah berkahwin pun tak berani pergi seorang diri. Mereka nak kencing@berak terpaksa menunggu sehingga pagi keesokan harinya. Dasyatt!! kita di Malaysia nak berak-kencing kat mana-mana pun boleh.

Masyarakat daripada Jordan, Saudi Arabia, Qatar datang tanya;
"tak nak bagi anaknya berkahwin dengannya ke"??

Mereka (Orang luar), angap wanita ini macam pasaran market macam jual kambing biri-biri..
Mereka melihat, rakyat syrian tiada duit dan memerlukan duit... mudah bagi mereka untuk MENGEksploitasikan wanita itu.
Mereka cakap, bagi anaknya untuk berkahwin dengan bayaran 90-270 pound (RM630-1890). murahkan???...hm.

Berdasarkan pengakuan seorang gadis, betapa manisnya ayat2 dan tawaran semasa nak kahwini wanita itu.
" saya akan jaga awak macam puteri" tetapi mereka (wanita) menolak. Dan mereka berkata pula:
" Terimalah pertolongan saya ini tanpa mengharap balasan apapun dari perempuan itu"

itulah ayat2 manis dikeluarkan, dan ramai syrian girls menerima dan terperangkap dengan tawaran tersebut sehingga membuatkan diri mereka mudah dieksploitasikan oleh manusia tidak bertanggungjawab.

Mungkin wanita itu terdesak kerana merana semasa peperangan, mereka memerlukan seseorang untuk melindungi mereka. Banyak faktor yang mendedahkan diri mereka berbuat demikian seperti mereka memerlukan duit, pakaian, dan sebagainya.

Mereka nak tengok wanita itu buka hijab (nak tengok muka) hanya mengenakan bayaran 50-100 dan terus pergi kalau tak berminat. Senang je. Mereka dibayar (RM630-1890-3000) untuk kawin dan tandatangani perjanjian. Selepas 1 jam selepas itu kena Cerai. Cara demikian inilah sangat berleluasa kerana untuk mengahwini wanita syrian sangat murah. Tak perlu cakap banyak.

Ramai orang luar datang tanya WANITA!WANITA!WANITA yang tanpa lelaki (bujang). Mereka bagi jaminan, cakap nak letak 10 wanita dalam sebuah bilik yang lebih selesa. kenapa nak letak sepuluh wanita??? nak buat apa dengan mereka??? kata pakcik itu kepada orang luar yang datang bertanya. lalu berkata lagi; awak ingat saya ini ada sediakankan muzium pengantin (wanita) ?? (dengan nada yang kecewa dan marah).

Maka dijawab pula oleh orang luar: mereka nak buat perkahwinan secara rasmi.

Yang muda 16 tahun nak kahwin nie dah bersedia ke nak bina sebuah keluarga???

Lelaki saudi 16 tahun datang untuk berkahwin dengan wanita yang muda berusia 13 tahun. Mereka tidak menerima tawaran itu kerana mereka bukanlah terlalu terdesak tanpa memikirkan apa-apa risiko bakal terjadi.

seorang penjaga kawasan kem berkata: banyak penculikan berlaku, lelaki yang ditangkap berpakaian wanita. selepas ditangkap, rambut dan bulu mata dipotong bagi memudahkan proses pengecaman semula.

Mereka hanya berkahwin selama 1-2 bulan sahaja. Selepas itu dicerai dan diabaikan begitu sahaja. perkara ini memang berleluasa dan teruk yang berlaku setiap masa. Tambahan pula, kehidupan mereka merana dengan pelbagai masalah timbul; tiada bekalan air paip untuk membersih pakaian dan tangan dsb. Malah, tiada siling, lampu, kipas dan elektrik. Ini jelas menunjukkan negara arab seolah-olah tidak mengambil berat kepada mereka. Mereka dikumpulkan beramai-ramai dan diberikan khemah yang kecil. Apa-apa pun boleh terjadi dengan keadaan khemah yang kecil itu. Mereka hidup dibawah khemah dengan suasana panas musim panas dan sebaliknya.

Pengakuan mangsa kejadian; apabila mereka ditinggalkan; dicerai dsb..mereka dilucutkan segalanya keistimewaan hak sebagai seorang manusia. ini merupakan hal berkaitan MARUAH!!. Dia berkata: sangat merindui kampungnya"
Sila klik di sini | full video