Friday 21 June 2013

Syria's Sex Slave| Kanak-kanak dan wanita syria diEksploitasi !

Syria's Sex Slave| Kanak-kanak dan wanita syria Eksploitasi !


Di Malaysia sekarang hebat diperkatakan isu berkaitan kahwin wanita Syria. Ada dalam kalangan mereka kematian suami (berperang dsb) terpaksa tinggal di sekitar KEM PENEMPATAN dengan keluasan setiap shelter 2@3@4m2 bersamaan keluasan sebuah bilik kecil.(ibarat kalau tidur dalam stor rumah kita lagi selesa). inilah menggambarkan kedaifan mereka:'(

Mereka bimbang dan takut menetap di dalam sebuah khemah kecil dengan keadaan keselamatan yang tidak terjamin. Kerana bimbang keselamatan, ada dalam kalangan mereka terpaksa berjaga sehingga subuh.

Ramai wanita diculik dijadikan PELACUR&HAMBA dsb., Seperti yang dinyatakan, 3 orang wanita dekat kem itu diculik dan dirogol seterusnya dihantar kembali ke kem. Ini yang tersenarai..mungkin ramai lagi menjadi mangsa penindasan!

Jordanian datang mengganggu syrian girls walaupun mereka (wanita syrian) berumur 6-7 tahun.[1:48]. Mereka datang nak culik bawa keluar dari kem. Pada waktu malam dekat kem itu, tiada sistem keselamatan yang khusus, terpaksa datang dengan anak sebagai peneman. Itu pun masih lagi menjadi kebimbangan bagi mereka.

Tandas ada, tapi ramai wanita (anak dara) tak pergi tandas. Malah yang sudah berkahwin pun tak berani pergi seorang diri. Mereka nak kencing@berak terpaksa menunggu sehingga pagi keesokan harinya. Dasyatt!! kita di Malaysia nak berak-kencing kat mana-mana pun boleh.

Masyarakat daripada Jordan, Saudi Arabia, Qatar datang tanya;
"tak nak bagi anaknya berkahwin dengannya ke"??

Mereka (Orang luar), angap wanita ini macam pasaran market macam jual kambing biri-biri..
Mereka melihat, rakyat syrian tiada duit dan memerlukan duit... mudah bagi mereka untuk MENGEksploitasikan wanita itu.
Mereka cakap, bagi anaknya untuk berkahwin dengan bayaran 90-270 pound (RM630-1890). murahkan???...hm.

Berdasarkan pengakuan seorang gadis, betapa manisnya ayat2 dan tawaran semasa nak kahwini wanita itu.
" saya akan jaga awak macam puteri" tetapi mereka (wanita) menolak. Dan mereka berkata pula:
" Terimalah pertolongan saya ini tanpa mengharap balasan apapun dari perempuan itu"

itulah ayat2 manis dikeluarkan, dan ramai syrian girls menerima dan terperangkap dengan tawaran tersebut sehingga membuatkan diri mereka mudah dieksploitasikan oleh manusia tidak bertanggungjawab.

Mungkin wanita itu terdesak kerana merana semasa peperangan, mereka memerlukan seseorang untuk melindungi mereka. Banyak faktor yang mendedahkan diri mereka berbuat demikian seperti mereka memerlukan duit, pakaian, dan sebagainya.

Mereka nak tengok wanita itu buka hijab (nak tengok muka) hanya mengenakan bayaran 50-100 dan terus pergi kalau tak berminat. Senang je. Mereka dibayar (RM630-1890-3000) untuk kawin dan tandatangani perjanjian. Selepas 1 jam selepas itu kena Cerai. Cara demikian inilah sangat berleluasa kerana untuk mengahwini wanita syrian sangat murah. Tak perlu cakap banyak.

Ramai orang luar datang tanya WANITA!WANITA!WANITA yang tanpa lelaki (bujang). Mereka bagi jaminan, cakap nak letak 10 wanita dalam sebuah bilik yang lebih selesa. kenapa nak letak sepuluh wanita??? nak buat apa dengan mereka??? kata pakcik itu kepada orang luar yang datang bertanya. lalu berkata lagi; awak ingat saya ini ada sediakankan muzium pengantin (wanita) ?? (dengan nada yang kecewa dan marah).

Maka dijawab pula oleh orang luar: mereka nak buat perkahwinan secara rasmi.

Yang muda 16 tahun nak kahwin nie dah bersedia ke nak bina sebuah keluarga???

Lelaki saudi 16 tahun datang untuk berkahwin dengan wanita yang muda berusia 13 tahun. Mereka tidak menerima tawaran itu kerana mereka bukanlah terlalu terdesak tanpa memikirkan apa-apa risiko bakal terjadi.

seorang penjaga kawasan kem berkata: banyak penculikan berlaku, lelaki yang ditangkap berpakaian wanita. selepas ditangkap, rambut dan bulu mata dipotong bagi memudahkan proses pengecaman semula.

Mereka hanya berkahwin selama 1-2 bulan sahaja. Selepas itu dicerai dan diabaikan begitu sahaja. perkara ini memang berleluasa dan teruk yang berlaku setiap masa. Tambahan pula, kehidupan mereka merana dengan pelbagai masalah timbul; tiada bekalan air paip untuk membersih pakaian dan tangan dsb. Malah, tiada siling, lampu, kipas dan elektrik. Ini jelas menunjukkan negara arab seolah-olah tidak mengambil berat kepada mereka. Mereka dikumpulkan beramai-ramai dan diberikan khemah yang kecil. Apa-apa pun boleh terjadi dengan keadaan khemah yang kecil itu. Mereka hidup dibawah khemah dengan suasana panas musim panas dan sebaliknya.

Pengakuan mangsa kejadian; apabila mereka ditinggalkan; dicerai dsb..mereka dilucutkan segalanya keistimewaan hak sebagai seorang manusia. ini merupakan hal berkaitan MARUAH!!. Dia berkata: sangat merindui kampungnya"
Sila klik di sini | full video

No comments:

Post a Comment