Saturday 22 June 2013

DEMONSTRASI BLACKOUT 505 KUALA LUMPUR (JUNE 22, 2013)

DI PADANG MERBOK DAN SEKITAR




















Tengku Adnan Tengku Mansor dan OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin- Padang Merbok


  PKR Vice-President Nurul Izzah- Brickfields


 YB @ Tian Chua di perkarangan- SOGO


 YB @AzminAli- perkarangan Masjid Negara


 Former Perak MB Mohammad Nizar Jamaluddin- Masjid Negara


Salahuddin Ayub


 Nasruddin Tantawi

Adam Adli

Walaupun asyik berDemonstrasi, mereka tetap tidak lupa akan perintah Allah S.W.T
Klik

VIDEO 1
VIDEO 2 





DITANGKAP??----> FREE FOR HUSAM
Gambar Dato' Haji Husam Musa bersama para Aktivis R & Peguam sebelum dibawa dengan kereta oleh Pihak Polis dengan 5 buah kereta & diiringi oleh rombongan rakan-rakan Aktivis.

Dato' Haji Husam Musa dalam perjalan pulang ke Kota Bharu & dijangka tiba ke IPD Pengkalan Chepa lebih kurang jam 11:00 malam tadi. (11pm/23.6.2013)

  Ramai yang berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam tadi untuk menyatakan sokongan & solidariti kepada Pejuang Hak Rakyat.

Penahanan Dato Husam Musa : Pemuda PAS Kelantan Desak Pembebasan Segera

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan(DPPNK) melahirkan kekesalan yang teramat sangat di atas penahanan Naib Presiden Pas, Dato Husam Musa petang tadi di Kuala Lumpur. Beliau saat ini sedang dibawa ke IPD Kota Bharu menaiki kereta peronda polis untuk disiasat atas kenyataannya yang dikatakan mengeluarkan pandangan bahawa peserta himpunan Blackout 505 'mati syahid' sekiranya terkorban.

DPPNK menyifatkan tindakan menahannya di Kuala Lumpur dan membawanya ke Kota Bharu hanya dengan menaiki kereta merupakan satu tindakan yang tidak wajar memandangkan statusnya sebagai seorang pemimpin. Apatah lagi kesalahan yang didakwa dilakukan bukanlah jenayah yang serius yang memerlukan tangkapan segera. Adalah lebih waras sekiranya beliau dipanggil memberikan keterangan di Kota Bharu dan semua pihak yakin beliau tidak ada sebarang masalah untuk berbuat demikian.

DPPNK mendesak agar kenyataannya diambil pada malam ini iuga dan dibebaskan dengan kadar seberapa segera. Ini kerana DPPNK mendapat maklum daripada ahli keluarganya bahawa kesihatan beliau kurang stabil dan memerlukan rehat.

Selagi beliau belum dibebaskan, DPPNK tidak teragak-agak mengerahkan seluruh kekuatan pemuda di negeri ini berkumpul di hadapan IPD Kota Bharu bagi menunut pembebasan beliau.

Sekian.

ADBUL LATIFF ABD RAHMAN,
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK)

22 Jun 2013
9.00 malam

 
**********************************************************************************
YB Husam jadi imam solat kpd polis pengiring  semasa rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.
 
**********************************************************************************

 
 







No comments:

Post a Comment